Sunday 21 October 2012

ASAS MATEMATIK....

Wajib Tahu;-Fakta Asas MATEMATIK (750 item)

Salam uolz......hari ni macam biasa cikguluv nak share ngan korang semua tentang
FAKTA ASAS MATEMATIK
Seorang guru Matematik WAJIB tahun tentang FAKTA ASAS ini

Apakah yang dinamakan "FAKTA ASAS TAMBAH"(100 item)

Fakta Asas Tambah  merupakan kombinasi penambahan (termasuk songsangannya) yang setiap sebutan tambahnya menggunakan satu digit.




Apakah  pula  yang  dinamakan "FAKTA  ASAS  TOLAK"(100  item)

Fakta  Asas Tolak  ialah  ayat matematik bagi penolakan nombor 1digit daripada nombor 1digit atau 2 digit dan hasilnya nombor satu digit.

Apakah yang dinamakan "FAKTA ASAS DARAB" (100 item)
Fakta asas darab ialah fakta yang mempunyai faktor pendarab satu angka atau satu digit, misalnya daripada
0x0 hingga 9x9
Apakah yang dinamakan "FAKTA ASAS BAHAGI" (tanpa baki 90 item) (dengan berbaki 150 item)
Fakta asas bahagi mempunyai faktor pembahagi dan hasil bahagi bernombor satu digit.‡Bagi setiap fakta darab yang disongsangkan akan menghasilkan satu fakta bahagi.Contohnya,14÷2=7 atau 15÷2=7 baki 1

Thursday 18 October 2012

FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI.....BACALAH...

Tahukah anda bahawa manusia yang kreatif adalah manusia yang mudah menguasai Matematik. Matematik sebenarnya merupakan satu ilmu yang berkaitan dengan minda manusia. Orang yang pintar selalunya merupakan orang yang menyukai Matematik dan akal yang dicipta oleh ALLAH untuk manusia amat senonim dengan Matematik. Oleh itu, sama ada kita sedari ataupun tidak, Matematik adalah mengenai keindahan, keajaiban dan keagungan dari Yang Maha Esa mengenai dunia disekeliling kita yang tidak dapat lari dari menggunakan nombor untuk menghurai dan menerangkan fakta serta rahsia alam. Jadi, Matematik diharapkan dapat membantu kita memahami dengan lebih mendalam mengenai perkara-perkara yang kadangkala kita memandang sebelah mata sahaja sedangkan ada sesetengah individu menganggap ia adalah satu keajaiban....

Friday 12 October 2012

Backgrounds graphic

Backgrounds graphic: Glitter-Graphics.com is the place with more than a million graphics in every category that matters

Thursday 11 October 2012

CARA MUDAH MENDARAB


jom belajar matematik - mendarab menggunakan cara mudah. Tak perlu pening kepala mengingati sifir. Anda hanya perlu bermain dengan garisan dan bilangan titik yang mewakili nombor. Mari ketahui langkah-langkahnya. Pasti anda teruja untuk mengajarkannya semula kepada adik atau anak anda. Anak anda pula pasti mudah menguasai proses pendaraban ini.

Contoh 1: 
12 x 21 = ?

Langkah 1 :
Lukis satu garisan melintang dari atas kiri ke bawah kanan untuk mewakili nombor 1 pada 12.


Langkah 2 : 
Lukiskan pula dua garisan melintang dari atas kiri ke bawah kanan untuk mewakili nombor 2 pada 12.

 

Langkah 3: 
Lukiskan pula dua garisan dari atas kanan ke bawah kiri untuk mewakili nombor 2 pada 21.

 

Langkah 4: 
Lukiskan pula satu garisan dari atas kanan ke bawah kiri untuk mewakili nombor 1 pada 21.


Langkah 5: 
Bentukkan bulatan seperti dalam gambarajah dibawah. Letakkan titik dot-dot pada garisan yang bertindih. Kira bilangan titik dot-dot yang ada.


Langkah 6: 
Ulang langkah 5 untuk garisan yang bersebelahan (lihat contoh).


Langkah 7: 
Ulang lagi langkah 4 untuk garisan yang ketiga.


Jawapan: 12 x 21 = 252


Masih ragu-ragu? Apa kata kita cuba dengan nombor yang lebih besar.

Contoh 2: 
123 x 321 = ?

Sila lihat langkah-langkah dalam contoh 1 untuk memudahkan pemahaman.


Maka jawapan yang diperolehi untuk 123 x 321 = 39483

Monday 1 October 2012

tip upsr

Tip UPSR: Cara betul menjawab Matematik Kertas 1 dan 2
Oleh Roslan Rasip dan Ismail Mokhtar

GAGAL menjawab soalan penyelesaian masalah antara faktor utama calon tidak mendapat markah maksimum bagi Matematik Kertas 1, manakala untuk Kertas 2 pula kerana tidak menunjukkan jalan pengiraan. 




Sehubungan itu, calon diingatkan supaya tidak terlalu gopoh, sebaliknya memberi tumpuan ketika menjawab soalan kedua-dua kertas itu. 

KERTAS 1
Seperti yang calon sedia maklum, kertas ini mengandungi 40 soalan objektif. Soalannya boleh dikategorikan dua jenis, iaitu bentuk persamaan dan penyelesaian masalah.

Lapan hingga sepuluh soalan disoal dalam bentuk persamaan membabitkan nombor dan simbol matematik. Soalan jenis ini boleh dianggap mudah dan calon hanya perlu berhati-hati ketika membuat pengiraan seperti meletak nombor pada nilai tempat, meletak titik perpuluhan di tempat yang betul, mengikut peraturan pengiraan yang betul, contohnya BODMAS, membuat penukaran unit dengan tepat dan berhati-hati ketika membuat pengumpulan semula.

Dalam lingkungan 30 lagi soalan adalah jenis penyelesaian masalah yang boleh dilihat dalam dua bentuk penyoalan, iaitu ayat sepenuhnya dan sebahagian dibantu rajah, jadual, graf dan gambar.
Sebelum menjawab, calon perlu membaca soalan sekurang-kurangnya dua kali. Kenal pasti maklumat terdapat dalam soalan. Biasanya soalan penyelesaian masalah mempunyai lebih daripada satu maklumat. Gariskan maklumat penting itu.

Calon juga perlu mengecam kata kunci dalam soalan, contohnya ‘bakinya’, ‘yang tinggal’, ‘diberikan sama banyak’, ‘simpanan’, ‘untung’, ‘rugi’, ‘diskaun’ dan sebagainya.

Perkara penting calon perlu tahu ialah apakah kehendak soalan. Persoalan inilah yang perlu calon jawab. Kehendak soalan ada dalam ayat terakhir.

Setelah mengenal pasti maklumat, kata kunci dan kehendak soalan, rancang pula langkah pengiraannya.

Ayat kedua setiap soalan lazimnya merujuk kepada maklumat untuk membuat pengiraan. Perkataan sebelum atau selepas angka dikemukakan lazimnya membantu calon menentukan operasinya (tambah, tolak, darab dan bahagi).

Setelah itu tukarkan ayat pernyataan soalan ke dalam bentuk ayat matematik. Pastikan operasi betul digunakan untuk membuat pengiraan.

Perlu diingat, bagi menjawab soalan penyelesaian masalah, calon perlu lebih daripada satu operasi dan jalan kerja. Bagi soalan membabitkan sukatan, pastikan unit disamakan terlebih dulu.

Soalan jenis penyelesaian masalah juga banyak dibantu rajah, graf, jadual dan gambar yang memerlukan calon membuat penelitian kerana sebahagian maklumat ada pada rajah disertakan, manakala sebahagian maklumat lagi dalam pernyataan soalan.

Contoh;

Pak Abu has 400 durians. He gives 1/5 of the total number of durians to hos neighbours.

He sells 3/4 of the remainder. What percentage of the durians is left?

Pak Abu ada 400 durian. Dia memberikan 1/5 daripada jumlah durian itu kepada jiran-jirannya.

Dia menjual 3/4 daripada baki durian itu. Berapakah peratus durian yang tinggal?

A 5 B 20 C 80 D 240

Seperti disarankan, baca soalan sekurang-kurangnya dua kali dan kenal pasti maklumat dan kata kunci soalan.

Tiga maklumat utama, iaitu;

(i) Pak Abu ada 400 durian

(ii) Dia memberikan 1/5 daripada jumlah durian itu kepada jiran-jirannya.

(iii) Dia menjual 3/4 daripada baki durian itu.

Kata kunci ialah baki (remainder), peratus (percentage) dan yang tinggal (left).

Kemudian, lihat kehendak soalan. Ayat terakhir soalan ini meminta calon mencari peratus durian yang tinggal.

Langkah pertama, cari jumlah durian Pak Abu beri kepada jirannya, iaitu:

1

--- x 400 = 80

5

Seterusnya cari jumlah durian dijual Pak Abu. Perkataan baki (remainder) adalah kata kunci yang amat penting dalam ayat ini. Pengiraan yang betul ialah:

3

--- x ( 400 - 80 ) = 240

4

Langkah seterusnya calon mencari jumlah durian yang tinggal, iaitu:

400 - 80 - 240

= 80

Pada peringkat ini, langkah pengiraan belum lagi selesai. Jika ada calon menjawab 80 sebagai pilihan jawapan, maka ia salah. Ada satu lagi langkah pengiraan yang perlu calon lakukan Iaitu tukarkan kuantiti durian yang tinggal itu kepada peratus, iaitu;

80

----- x 100% = 20%

400

Jawapan: B (20)

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon ialah ketika membuat pengiraan pada langkah kedua. Ada calon mencari bilangan durian yang dijual berdasarkan jumlah asal durian Pak Abu, iaitu:

3

--- x 400 = 300

4

Seterusnya calon mencari jumlah durian yang tinggal, iaitu:



400 - 80 - 300

= 20

Kemudian calon menukarkannya kepada peratus iaitu:

20

----- x 100% = 5%

400

Antara kelemahan yang sering dilakukan calon ialah:

a) Membaca soalan dan terus mengira mengikut kefahaman sendiri.

b) Tidak membuat penelitian terhadap ayat terakhir dan mencari kehendak soalan.

c) Terlalu cepat membaca soalan hingga tertinggal maklumat.

d) Tidak merujuk rajah, graf, jadual dan gambar diberikan.

e) Terus membuat pengiraan tanpa menyemak semula.

f) Kurang membina ayat matematik sebelum memulakan pengiraan.

g) Lemah membuat tafsiran terhadap perkataan atau ayat yang digunakan.

KERTAS 2

Sebahagian besar calon menganggap Kertas 2 mudah berbanding Kertas 1. Pada dasarnya tanggapan itu benar tetapi perlu diingat ia banyak mempengaruhi kedudukan gred keseluruhan bagi subjek Matematik.

Jika kurang mahir menjawab Kertas 2, besar kemungkinan calon akan melakukan kesilapan sewaktu memberikan jawapan.

Ramai calon gagal mentafsir kehendak soalan terutama bagi jenis penyelesaian masalah. Malah, ada yang tidak dapat menukar masalah dikemukakan dalam soalan ke bentuk ayat matematik.

Contoh:

50 biji kek diberikan kepada Adirah dan Izzaty. Adirah mendapat 10 biji lebih daripada Izzaty. Berapakah bilangan kek yang Izzaty dapat?

Calon kerap menulis ayat matematik seperti berikut:

50 ÷ 2 - 10 =

Langkah menjawab: 25 25 - 10 = 15

-------

2 ) 50

- 4

----

10

- 10

---

Jawapan yang diberikan adalah SALAH.

Langkah yang betul adalah seperti berikut:

( 50 - 10 ) ÷ 2 =

50 - 10 = 40 40

---- = 20

2

Maka, Adirah 30 dan Izzaty 20

Jawapan: 20

Bagi soalan bentuk persamaan atau terus pula, calon gagal menguasai konsep pengiraan sebahagiannya memerlukan beberapa langkah pengiraan sebelum memperoleh jawapan.

Sebagai contoh:

Convert 109% to a mixed number.

Calon kerap memilih 109% adalah

109 9

----- = 1 --- (jawapan adalah salah)

100 10

Sebenarnya 9% adalah per seratus (hundredths) maka calon perlu menulis:

9

109% = 1 -----

100

Sejumlah 20 soalan dikemukakan dalam Kertas 2. Antara cirinya ialah bentuk subjektif, perlu menulis langkah pengiraan dengan jelas bagi mendapatkan jawapan. Pemarkahannya berdasarkan tiga aras, iaitu satu markah (5 soalan), dua markah (10 soalan) dan tiga markah (5 soalan).

Kesilapan sering dilakukan calon ialah kurang tumpuan dan tidak menunjukkan langkah pengiraan yang jelas. Perhatikan jawapan calon berdasarkan contoh soalan berikut:

State the digit value of 6 in the number 0.67 million.

Nyatakan nilai digit angka 6 dalam nombor 0.67 juta.

Jawapan calon:

60 atau Enam puluh / Sixty or 60

Jawapan diberi salah. Sebabnya calon kurang tumpuan tentang titik perpuluhan mewakili juta/million). Jawapan tepat ialah perpuluhan (decimal) melibatkan juta (million) perlu ada 7 digit dari kiri ke kanan, iaitu:

0.67 million = 0 670 000

600 000

Kesilapan lain sering dilakukan ialah menjawab dalam pecahan (fraction)

6

---- million

10

Langkah pengiraan perlu ditunjukkan dengan jelas dan tepat mengikut unit diperlukan dalam jawapan.

Soalan dua dan tiga markah agak mudah kerana penyoalannya tidak menggunakan ayat terlalu panjang. Banyak soalan dibantu rajah dan gambar. Ini memudahkan calon memahami kehendak soalan.

Bagi soalan tiga markah, hampir kesemuanya membabitkan rajah dan jadual. Untuk soalan ini, pastikan pengiraan atau maklumat awal digunakan dalam pengiraan tidak salah nilai. Kesilapan ini menyebabkan pengiraan seterusnya menjadi salah.

Secara keseluruhan, calon perlu memberi tumpuan terhadap soalan yang menggunakan ayat dan rajah.

Kesilapan kerap berlaku dikaitkan dengan kegagalan calon memahami maksud ayat terakhir atau memberikan jawapan selepas langkah pengiraan dilakukan, sedangkan jawapan sebenar setelah langkah kedua atau ketiga.

Friday 28 September 2012

TEKNIK BELAJAR MATH BERKESAN....

1.       Wujudkan minat dalam matematik walaupun tak pandai
2.       Kena Buat Banyak latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap.
3.       Kena Displin. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.
4.       Hafal Sifir. Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang di uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
5.       Azam yang kuat untuk Berjaya dan menguasai matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula menguasai. Anda akan puas hati dan paling gembira apabila Berjaya selesai masalah.
Siapa yang pandai matematik ia adalah pintar, Bukan sahaja bidang matematik sahaja tetapi bidang atau subjek lain, jika ia pandai matematik.
Jangan lupa baca quran dan berdoa, mudahan anda berjaya cemerlang dalam peperiksaan tahun ini. Baca Fatihah dan Alamnasrah di waktu pagi dan malam, mohon Allah permudahkan belajar adik.