Thursday, 18 October 2012
FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI.....BACALAH...
Tahukah anda bahawa manusia yang kreatif adalah manusia yang mudah
menguasai Matematik. Matematik sebenarnya merupakan satu ilmu yang
berkaitan dengan minda manusia. Orang yang pintar selalunya merupakan
orang yang menyukai Matematik dan akal yang dicipta oleh ALLAH untuk
manusia amat senonim dengan Matematik. Oleh itu, sama ada kita sedari
ataupun tidak, Matematik adalah mengenai keindahan, keajaiban dan
keagungan dari Yang Maha Esa mengenai dunia disekeliling kita yang tidak
dapat lari dari menggunakan nombor untuk menghurai dan menerangkan
fakta serta rahsia alam. Jadi, Matematik diharapkan dapat membantu kita
memahami dengan lebih mendalam mengenai perkara-perkara yang kadangkala
kita memandang sebelah mata sahaja sedangkan ada sesetengah individu
menganggap ia adalah satu keajaiban....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment